Sinopsis Musim 2 Asmara_(drama)

Asmara (Shahz Jazie) sukar untuk menerima kenyataan yang isterinya Zaliya (Faezah Elai) telah meninggalkan dirinya buat selama-lama, Zaliya yang masih koma dikatakan sudah meninggal dunia oleh Sahlan. Hanya Sahlan, Rohayu, Tria dan Orang Gaji Sahlan sahaja yang mengetahui perkara sebenar mengenai Zaliya.Penampilan Asmara mula berserabut dan tidak terurus kerana tidak menjaga diri selepas kematian Zaliya, walau bagaimanapun Asmara masih tetap dan bertegas dengan pendiriannya. Dalam masa yang sama, Asmara akan terus berdendam pada Sahlan yang menjadi punca perpisahannya dengan Zaliya.Walau bagaimanapun Asmara tetap menjaga batasan tingkah lakunya dengan Sahlan, kerana Sahlan merupakan bapa mertuanya. Asmara tekad untuk menerima kenyataan dan berubah demi Adam dan watak Osman yang menjadi perbualan dalam musim lepas akan di zahirkan dalam musim ini untuk tontonan bagi menambah kehangatan drama Asmara musim ke 2.